meego's FotoPage - bila sedetik masa terhenti...

By: meego ism photography

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 31-Aug-2009 15:57 Email | Share | | Bookmark
Buzy...

Busy... perkataan ni mudah untuk kite ucapkan. Salah satu perkataan yang boleh jadikan escapism
utk elakkan sesuatu. Tapi 2-3 minggu ini, aku memang betul2 busy. Keje2 ofis yang
ada betul2 beri tekanan. Mujur jiran2 merangkap geng-geng sebelah bilik aku ni begitu best. Boleh
release sket! Huhuhu. Bergelumang dengan beratus2 nama projek begitu menyesakkan! Dateline...
ASAP & URGENT! Tu yang haru! Nak tak nak kene selesaikan sebelum jumaat ni. Dalam erti kata,
lain sebelum mesyuarat kabinet bermula, semua cawangan dikehendaki clarify bilangan projek untuk
RMK9. RMK10 pun tak lama lagi dah nak start. Just prepare!


Terkini - jumlah projek lebih 651 dari yang terpampang kat skrin tuh!


Layan je la... nama pun keje...


meego
29 Ogos 2009
lokasi : ofis

currently listening to ahlan wasahlan Ramadhan - Rabbani


Sunday, 23-Aug-2009 08:39 Email | Share | | Bookmark
Ramadhan n Merdeka

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam kat Malaysia khususnya! Bulan yang penuh barakah ini tiba
lagi. Yang perlu kita rebut sebaik2nya.

Dan beberapa hari sebelum tiba bulan Ramadhan kita dikejutkan dengan pergi tak kembalinya ustaz Asri
Ibrahim dari Rabbani. Salah satu team nasyid fav aku! Walaupun tak semua album aku ade, tapi
kehilangan Ustaz Asri turut terasa. Vokal yang mantap sukar dicari ganti. Bertuah allahyarham meninggal
ketika beribadah.. moga usaha beliau utk berdakwah melalui nasyid diberkati dn diteruskan oleh ramai
lagi.. Lagu fav aku of course Pergi Tak Kembali, Itifada, Masa, Hidayah dan Iqrar. Moga roh arwah
ditempatkan di tempatkan ditempat orang yang beriman. Amin...


foto dari www.rabbani.com.my

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ogos 2009. Bulan kemerdekaan Malaysia ke-52. 2 aktiviti aku sebelum masuk bulan pose. First gi
tengok teater dari fav author aku Faisal Tehrani. Aku nak ulas pun bukannye reti sangat. Tapi aku ade
perspective view aku sendiri... Time ni ade bawak camera. Ingat nak la shoot sket. Tapi awal2 diorang
dah pesan "no photography please! hak cipta terpelihara"

Ulasan kat bawah dipetik dari KL Pos:

"Ketika dihubungi oleh KL POS, Faisal menjelaskan teater Kopitiam Ghadir yang bakal dipentaskan ini
akan menampilkan sekumpulan anak muda menerusi grup nasyid Revolusi Pembudayaan Selawat.
Mereka sebenarnya adalah bekas penyanyi "band indie" yang kini turut menyertai saya dalam
gagasan memasjidkan seni.

Drama ini sepanjang satu jam lima belas minit dan akan disisipkan enam buah lagu tentang
Rasulullah saw. Memandangkan kita dalam bulan Syaaban yang mulia, kami kira inilah masanya kita
merenungi kembali keutamaan baginda sebagai penghulu segala Rasul. Drama pentas berjudul
Kopitiam Ghadir ini mengisahkan seorang lelaki yang tersesat ke sebuah kota misteri dan terpaksa
singgah di sebuah kafe untuk bertanyakan arah. Di situ beliau bertemu dengan sekumpulan pemuda
aneh yang asyik menyanyikan pelbagai rentak lagu nasyid.

Lelaki tersebut berbual-bual mengenai Rasulullah saw dan keutamaan baginda sebelum membuat
keputusan samada untuk menetap di kota kecil tersebut, atau keluar pulang ke tempat asalnya.

Sebagai penulis naskah Faisal memberitahu Kopitiam Ghadir terilham ketika beliau menunaikan haji
hujung tahun lalu. Ketika berada di Madinah saya berasakan masih ramai dalam kalangan kita
mencari-cari petunjuk dan pedoman. Peristiwa serangan Zionis ke atas Gaza membuatkan saya
menggali semakin dalam siapakah pemimpin kita yang sebenar iaitu Rasulullah saw."



Lumrah dunia... perkara kebaikan selalu org nak halang. Pementasan ni pun pada mulanya dirancang di
jalankan di DBP cancel! Sib baik Institut Terjemahan Negara Malaysia bagi tempat kat kat diorang nih!
Anyway hampir 80% terdiri dari lagu2 nasyid dan selawat di persembahkan pada penonton. Aku bagi 4
star untuk persembahan nih!






Secondly aku ke Istana Budaya, try tengok teater patriotik lak. "MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK".
Persembahan oleh pelajar-pelajar ASWARA dan pelakon Rashidi Ishak dan Fauziah Latif. Persembahan
pada aku tak begitu mengujakan. Mungkin sebab muzik2nye tak begitu best kot... Gee punya vokal
mantap but hero punye vokal ta best jek... Boleh di improve la... . Kali ni memang aku tak bawak
camera. Pengalaman lepas memang tak leh amek gambar mase persembahan. Nanti org2 IB tu main2
suluh laser lak! Tapi kali ni aku perasan ramai yang selamba shoot. Arghh.. nyesal tak bawak! huhuhu!
Next intermission Cicakman Muzikal bulan Disember nih!





currently listening Ya Nabi Salamun Alaik - Hadad Alwi




Sunday, 9-Aug-2009 01:01 Email | Share | | Bookmark
Life...

Dalam kehidupan... kita kene hadapi pelbagai benda yang perlu kita hadapi dengan pelbagai
perasaan... ada suka, duka, gembira, sedih, tenang, excited, tension, suprise, cool, aneh, curious,
simphaty dan lain-lainnya. Dan aku... sebagai manusia biasa (yang bercita2 menjadi luar biasa) perlu
menghadapi semua ini. Even u r ready or not, u must face it. Huhu... life must go on...



nota ibu jari kaki: gambar tak de kaitan ngan topik pun...



currently listening Jai Ho!





Sunday, 19-Jul-2009 04:31 Email | Share | | Bookmark
Its about Wafi n Wadi!

2 minggu lepas, majlis cukur jambul diadakan kat umah utk anak buah terbaru aku, wadi! Umur die
mase tu baru 18 hari! Hmm... skang wafi dah ade adik! Huhuhu... So, kalau balik umah ade la
aktiviti yang kene jalankan. Wafi pun dah semakin aktif!


Preparation for cukur jambul session


Assalamualaikum, i'm wadi!


"Ini adik saya, wadi!" kate wafi.


Moga jadi anak yang soleh!




"Lucu betul pakngah nih!"

wafi n wadi!

Currently listening puspa


Tuesday, 14-Jul-2009 01:35 Email | Share | | Bookmark
Zeid & Wani @ Serdang

Bulan lepas shoot pengantin ni. Zeid n Wani. Sgt best. Majlis resepsi diadakan di dewan Maeps,
Serdang. TQ kepada family pengantin yang begitu baik skali anty n uncle serta adik beradik pengantin!
Thanks for everything! Moga ikatan terbina akan berkekalan hingga ke akhir hayat!












by
meegoism photography

currently listening to Elevator - Florider






[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net