meego's FotoPage - bila sedetik masa terhenti...

By: meego ism photography

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 2-Jan-2009 08:09 Email | Share | | Bookmark
1430H n 2009 : Happy New Year!

1430H. 2009. Setahun dah berlalu. Aku bukak mata. Jam kol 6.20 pagi. Solat subuh jap. Ngaji sket.
Doa. Amin. Syukur. Nafas tahun baru aku tarik di awal pagi. Rasa segar. Oksigen masuk ke hidung.
Masuk ke trakea terus ke sesalur bronkus. Oksigen meresap ke dalam darah. Hemoglobin memainkan
peranannya. Menung.. Bertambah setahun umur aku. Semakin sikit usia aku. *sigh*

“Ape azam ko tahun nih?”
“Azam aku nak laksanakan azam aku tahun lepas yang terbengkalai!”
“Aik…biar betik?!”
“Eh… betik la… nape tak pecaye?”

Azam tahun lepas masih ade yang masih belum selesai. Bahkan ada satu tu tak sentuh pun. Impian aku
dah tertampal kat dinding bilik! Cuma ada perkara yang perlu tindakan segera. Orang lain dah berlari.
Kenapa masih berjalan?! Wake up beb! Akhirnya 2008 berlalu. Kotak fikiran aku teringat kata sorang
cendiakawan, “A year later, you may wish you had started today”. Huh… wake up!

Bermula nafas baru.

Tekad baru!

Azam baru!

Ke garisan…

Sedia…


Mula….!




currently listening seribu tahun


Monday, 29-Dec-2008 11:20 Email | Share | | Bookmark
Najib & Ira @ Sitiawan

13 Disember 2008. Selamat Pengantin Baru pada this couple! Najib & Ira! Team thePhotograper diberi
peluang untuk merakamkan saat bahagia mempelai ini bermula dari majlis pernikahan hingga ke
majlis resepsi kedua-dua belah pengantin. Enjoy shoot untuk diorang! Family diorang pon best
jugak! "Ok...ready for free style?!" Hahaha! Ape pun moga jodoh korang berdua akan berkekalan
hingga ke akhir hayat! Aku... macam biasa... play the rules for second OP!





"Doakan kami mak. Sayaaaang mak...!"





"SELAMAT PENGANTIN BARU NAJIB & IRA"

Job by Azrulsham thePhotographer
OP by azrulsham
Second by meego


currently listening Vocalizing by Gita Gutawa


Tuesday, 23-Dec-2008 00:14 Email | Share | | Bookmark
Travellog to Melaka : Resepsi IQBAL Nasir

21 Disember 2008. Aku dan beberapa member UTM dulu dah berpakat nak ke majlis sahabat sorang ni,
Mohd Iqbal Nasir ngan pasanganya Fairuz Izwah kat Melaka! Tak le jauh benau! Majlis berlangsung kat
Taman Paya Rumput Indah Dah berpakat jugak ngan member lain jumpe di melaka je! Mr Hosni, edir,
syah, mamat n aku. Kitorang gerak dari Puchong kol 10.45pagi. Konvoi dari KL just 2 kete je. Flight JKV
n WQC .



Pilot flight JKV diterbangkan oleh Mr Hosni n Co-pilot oleh mr edir. Penumpang meego! Tengok le tu
ngan spek hitamnye!



Dalam penerbangan tu kami sempat mengganggu kosentrasi pilot yang begitu fokus! Say Cheeese!


Second Flight WQC pulak mamat ngan syah! . Alhamdullillah selamat mendarat di rumah
pengantin jam 1245hr. Jumpe geng2 kat sane! Borak2! Makan best tu! Ade cendol stall lagi! Nyum2!



Kol 1.30 pengantin sampy! Masing2 segak dan anggun berarak masuk! Ngan geng kompang ape lagi.... balunnnn!


Mr bai aka pengantin tersipu2! ngeh3x


Senyum le sket Pengantin! serius je! Panas kot!


Mr hos menginterframekan diri... tapi akak baju kuning tu pun nak join skali...ish....


"Ape yang ko jeling tu bai?! Nak usha awek mane lak tuh?! Haraharhar !"

Kol 1415hr kitorang continue our journey back to kl menaiki flight WQC. Flight JKV akan kembali
ke johor seorang diri.



Singgah tepi jalan! Edir aka Mr P excited giler nampak petai! "Aku nak itu! Aku nak itu!", kate edir
dengan rakusnya! Die sempat mengusha awek kat kedai tu untuk mendapatkan petai free! Namun
mission gagal!



"Kawe dok make cencalok kawe make budu!" kate edir pada kitorang!


Penerbangan WQC diteruskan lagi. Singgah ke Seremban nak ziarah Karim. Die lak takde kat umah!


My feveret! T-O-A! (eh dir, TOA ni ko belanje ke?! ) singgah RnR Seremban. Refresh n Solat! Pastu jalan semula!


Kitorang pun sempat memberikan pose yang istimewa! hahaha! Sempat jugak tengok aksi
pergaduhan macam budak kecik oleh dua orang dewasa sebab rebut meja kat RnR tu! Aku geleng kepala
je la... Pasal meja pun boleh gaduh ke? Kita rakyat malaysia ma! Apa mau gaduh2!



dah selesai semua ...ape lagi... jalan.....


Kami ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Iqbal dan pasangannya! Moga berkekalan
hingga ke akhir hayat, bai!

Dari - meego, edir, mamat, hosni, syah + anep!



Currently still listening Afgan - Terima Kasih Cinta



Wednesday, 17-Dec-2008 13:05 Email | Share | | Bookmark
Korban

Hari Raya Aidiladha kali ni disambut dalam keadaan hujan kat umah aku ni. After solat masing-masing gi
bersiap2 untuk membantu kerja2 korban. Kali ni sebanyak 6 ekor lembu yang akan di korbankan di
Masjid Kuarters KLIA kali nih. Aku mula2 tolong tengok je! Ye la... manekan nak pegang payung,
pegang camera lagi! Kena hujan camera nanti baru nganga! Tapi aku try la jugak nak amek
moment time tu! Moment lembu2 yang sedang susah hati sebab nak kene korban sket lagi... pastu
moment kariah2 masjid bertungkus lumus menumbangkan lembu2. Lepas enam ekor lembu tu dah
ditumbangkan aku simpan la camera! Bukan ape... hujan turun makin lebat... pastu pulak bantu diorang
melapah lembu tuh. Kalo tak tolong nanti aku pulak yang kene lapah...hahaha



Cuaca mendung dan hujang tak menghalang ibadah korban yang dilaksanakan...


"woi... pegang kuat2! aku nak smackdown lembu nih...!"


"Kaki pun pegang kuat2! nanti kene terajang pulak ngan lembu nih!"


Lembu ni dah ready nak disembelih... takbir dulu....


Akhirnya lembu ni tertewas...


Sebelum di sembelih, lembu ni memberikan pose yang istimewa...MOOOOO (maksudnya PEACE! )

Ape pun Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha! Moga semua jemaah haji kali nih mendapat haji yang mabrur! Amin!

currently listening : Terima Kasih Cinta ~ Afgan


Wednesday, 3-Dec-2008 08:53 Email | Share | | Bookmark
Rush & Lily @ Puncak Alam : 30 Nov 2008

Selamat Pengantin Baru buat Rush & Lily. Majlis menyambut menantu telah berlangsung di Puncak
Alam, Selangor DE pada 30hb Nov 2008 yang lepas. Semoga ikatan jodoh mereka berpanjangan hingga
ke akhir hayat.






tak leh upload lebeh2... heheheh


Job by AzrulSham thePhotographer
Shoot by meego n dedey


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net