meego's FotoPage - bila sedetik masa terhenti...

By: meego ism photography

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Saturday, 6-Sep-2008 08:40 Email | Share | | Bookmark
Mubarak ya Ramadhan!


Gambar ni capture lepas tarawih semasa hari pertama pose!

Hari ini dalam sejarah... 1 ramadhan tahun ni, first day aku dah berbuka puasa kat masjid. Masjid KLCC lak tu! Sib baek ada teman! kalo sorang2 mati kutu gak! hehe! So aku ucapkan salam ramadan pada semua! Pesta ibadah dah bermula! Terpulang pada diri masing-masing samada nak rebut atau biarkan ianya berlalu begitu sahaja... Minta maaf banyak2 pada semua yang mengenali aku! Moga ramadhan kali ni bererti pada semua...


Saturday, 30-Aug-2008 14:15 Email | Share | | Bookmark
meego@site : Rawang By Pass

Entry kali ni merupakan lawatan tapak ke Projek Pembinaan Jalan Pintas Rawang aka Rawang by Pass! Masih banyak lagi progress untuk projek ni. Tapi projek ni dah masuk kategori lewat dah pun. Reason? ... Keje2 blasting ni dalam sehari hanya sikit je yang leh dibuat. Penduduk sekitar pun bising... risau umah diorang retak lak nanti. Ikut kan kalo nak cepat pakai bom berangkai USA tuh lagi cepat! heheh So ape lagi... gear dah ade kat tangan... just shoot je la...


kerje-kerje blasting sedang dilakukan - gerudi, masuk dynamit


its ready to blast... safe yur life!


continued our journey!


hasil blasting ...


shotcreate sedang dijalankan....


(gambar ni hasil cantuman 8 keping gambar! Takde lens wide! Sambung je la...heheh)
Rawang by pass : long way to go!


Saturday, 9-Aug-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Zakri & Aishah - UIAM

First time job ngan yol...banyak yang dibelajar n perlu dibelajar lagi . Thanks Yol! Inilah hasil kerja aku! Enjoy!












job by AzrulSham thePhotographer

OP by AzrulSham
2nd by meego


Friday, 8-Aug-2008 15:43 Email | Share | | Bookmark
Alia & Izham - Ipoh, Perak









job by thephotographer

Done by Lensahijau and meegoism


Tuesday, 5-Aug-2008 00:51 Email | Share | | Bookmark
Ayat-Ayat Cinta

Korang dah tengok movie ni? AYAT-AYAT CINTA… Ekceli dah lame dah kuar movie ni. Best! Kalo nak lagi best bace dulu novel Ayat-ayat Cinta then baru tengok movie. Bile baca novel ni baru kita boleh comparekan antara movie dan isi novel ini yang cuba disampaikan oleh Habiburahman El Shirazy penulis novel ini.



Bagi penggemar novel, novel antara yang patut di baca sebab novel ni dah lama diterbitkan. Novel ini telah memecah rekod jualan novel di Indonesia empat tahun lalu. Penulis novel berasal dari Indonesia. Novel ini pernah menerima beberapa anugerah. Antaranya pemenang Pena Award Novel Terpuji Nasional 2005 dan pemenang Anugerah Penghargaan The Most Favorite Book 2005 di Indonesia. Dan apabila dipasarkan di Malaysia, terdapat juga novel ini yang telah diterjemahkan ke bahasa melayu.




First time aku baca novel ni – memang ada kelainan. Lain dari yang lain. Jangan bandingkan karya novel Faisal Tehrani (favourite aku – Kombat 1515, Advancer Si peniup Ney, Surat-surat wanita Johor), penulis novel thriller Ramlee Awang Mursyid, novel dari Ulama terkenal Pak Hamka (Dibawah Lindungan Kaabah, Tenggelamnya kapal Van derWick) dan lain-lain penulis lagi. Tak seperti novel cinta picisan yang ada di kedai-kedai buku! Teringat aku bila aku baca novel ni, ada yang ketawa… “Takkan meng’ayat’ pun nak baca buku!” Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya!



Filem ni merupakan filem cinta tapi bukan seperti filem-filem cinta yang selalu kita tengok kat TV tu! Aku petik sikit dari resensi filem dari Pancaindera Ahad 29 Jun 2008 yang lalu, kata penulis, ”Ayat-ayat Cinta adalah filem yang penuh keindahan sekaligus membawa remaja berpijak pada landas moral dan nilai pekerti dalam melayari cinta! Tanpa aksi romeo dan Juliet, kesan romantis filem ini tertusuk hingga ke dasar jiwa” –kata penulis kolum ni la!

Bagi yang telah bace novel terlebih dahulu, mesti dapat gambarkan bagaimana watak Fahri, Aisha, Noura, Nurul dan lain-lain. Pasti watak-watak ini difahami kerana penceritaannya di dalam novel begitu jelas dan teliti. Tapi, bila aku selesai tengok movie ni, aku rasa watak Aisha adalah berbeza dari watak dalam novel. Di movie Aisha digambarkan seorang yang kuat cemburunya sedangkan di ketahui Aisha seorang yang sangat penyabar dan begitu toleransi.



Hmm.. secara keseluruhannya aku cuma tak bersetuju ngan watak Aisha yang telah disalah anggap oleh penonton. Tu sebab seriusly aku sarankan baca novel ni dulu baru la tengak movie ni! Hehehe! Dan babak yang aku sangat suka adalah babak semasa Fahri dan Aisha diijabqabulkan! Sangat best!

Cuba hayati babak 10 minit kat bawah... layan!



[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net