Want your
own Fotopage?












 
meego's FotoPage - bila sedetik masa terhenti...

By: meego ism photography

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 23-Aug-2009 08:39 Email | Share | Bookmark
Ramadhan n Merdeka

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam kat Malaysia khususnya! Bulan yang penuh barakah ini tiba
lagi. Yang perlu kita rebut sebaik2nya.

Dan beberapa hari sebelum tiba bulan Ramadhan kita dikejutkan dengan pergi tak kembalinya ustaz Asri
Ibrahim dari Rabbani. Salah satu team nasyid fav aku! Walaupun tak semua album aku ade, tapi
kehilangan Ustaz Asri turut terasa. Vokal yang mantap sukar dicari ganti. Bertuah allahyarham meninggal
ketika beribadah.. moga usaha beliau utk berdakwah melalui nasyid diberkati dn diteruskan oleh ramai
lagi.. Lagu fav aku of course Pergi Tak Kembali, Itifada, Masa, Hidayah dan Iqrar. Moga roh arwah
ditempatkan di tempatkan ditempat orang yang beriman. Amin...


foto dari www.rabbani.com.my

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ogos 2009. Bulan kemerdekaan Malaysia ke-52. 2 aktiviti aku sebelum masuk bulan pose. First gi
tengok teater dari fav author aku Faisal Tehrani. Aku nak ulas pun bukannye reti sangat. Tapi aku ade
perspective view aku sendiri... Time ni ade bawak camera. Ingat nak la shoot sket. Tapi awal2 diorang
dah pesan "no photography please! hak cipta terpelihara"

Ulasan kat bawah dipetik dari KL Pos:

"Ketika dihubungi oleh KL POS, Faisal menjelaskan teater Kopitiam Ghadir yang bakal dipentaskan ini
akan menampilkan sekumpulan anak muda menerusi grup nasyid Revolusi Pembudayaan Selawat.
Mereka sebenarnya adalah bekas penyanyi "band indie" yang kini turut menyertai saya dalam
gagasan memasjidkan seni.

Drama ini sepanjang satu jam lima belas minit dan akan disisipkan enam buah lagu tentang
Rasulullah saw. Memandangkan kita dalam bulan Syaaban yang mulia, kami kira inilah masanya kita
merenungi kembali keutamaan baginda sebagai penghulu segala Rasul. Drama pentas berjudul
Kopitiam Ghadir ini mengisahkan seorang lelaki yang tersesat ke sebuah kota misteri dan terpaksa
singgah di sebuah kafe untuk bertanyakan arah. Di situ beliau bertemu dengan sekumpulan pemuda
aneh yang asyik menyanyikan pelbagai rentak lagu nasyid.

Lelaki tersebut berbual-bual mengenai Rasulullah saw dan keutamaan baginda sebelum membuat
keputusan samada untuk menetap di kota kecil tersebut, atau keluar pulang ke tempat asalnya.

Sebagai penulis naskah Faisal memberitahu Kopitiam Ghadir terilham ketika beliau menunaikan haji
hujung tahun lalu. Ketika berada di Madinah saya berasakan masih ramai dalam kalangan kita
mencari-cari petunjuk dan pedoman. Peristiwa serangan Zionis ke atas Gaza membuatkan saya
menggali semakin dalam siapakah pemimpin kita yang sebenar iaitu Rasulullah saw."



Lumrah dunia... perkara kebaikan selalu org nak halang. Pementasan ni pun pada mulanya dirancang di
jalankan di DBP cancel! Sib baik Institut Terjemahan Negara Malaysia bagi tempat kat kat diorang nih!
Anyway hampir 80% terdiri dari lagu2 nasyid dan selawat di persembahkan pada penonton. Aku bagi 4
star untuk persembahan nih!






Secondly aku ke Istana Budaya, try tengok teater patriotik lak. "MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK".
Persembahan oleh pelajar-pelajar ASWARA dan pelakon Rashidi Ishak dan Fauziah Latif. Persembahan
pada aku tak begitu mengujakan. Mungkin sebab muzik2nye tak begitu best kot... Gee punya vokal
mantap but hero punye vokal ta best jek... Boleh di improve la... . Kali ni memang aku tak bawak
camera. Pengalaman lepas memang tak leh amek gambar mase persembahan. Nanti org2 IB tu main2
suluh laser lak! Tapi kali ni aku perasan ramai yang selamba shoot. Arghh.. nyesal tak bawak! huhuhu!
Next intermission Cicakman Muzikal bulan Disember nih!





currently listening Ya Nabi Salamun Alaik - Hadad Alwi




Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.